Mungkin
pengalaman yang pahit itu
payah untuk kita menerima
untuk kita mengenangi
agar dapat kita pelajari
Kadang-kala
hati rasa dalamnya luka tersebut
terkerutnya kening di dahi
tersekat nafas
namun bibir hanya terdiam bisu
Biarlah bicara mu lebih baik daripada kebisuanmu
Jika tidak, maka diamlah
Sebenarnya
fikiran aku sekarang sedang bercelaru
Bila ku pandang ke kiri
Bila ku pandang ke kanan
Bila ku pandang ke belakang
kesemua pandangan ini
hanya membuat diriku sedih
kepiluan yang hanya
menghantui diriku
Mungkin
aku perlu lebih masa..
For now
Gerakkan lah bibir sentiasa memujinya
Palingkanlah tubuh ke arahnya
kuatkanlah semangat dengan selalu mengingatinya
InsyAllah
Kepahitan akan dijadikan pelajaran
Kesakitan akan dijadikan tiupan semangat dan azam
dan ketenangan bakal diraihkan
Percayalah
Bahawa
yang baik
akan mendahului
yang terbaik =)
No comments:
Post a Comment