Hidup ini takkan pernah senang
Ujian demi ujian
datang secara mendadak
semata-mata
utk melihat
keteguhan paksi diri masing-masing
Ribut dan taufan melanda jiwa
Mengoyak dada
menghiris hati
mungkin secara lahiriah
senyuman terukir
tergelak ketawa
Namun pabila yg silam kian mendekat
rapuhlah kota diri
hancur musnah tidak terhingga
Tapi
biarlah aku jatuh bangun
biar kesakitan mencenggkam jiwa
bubuh lah garam kpd lukaku
takkan pernah aku lari dari semua itu
biar lemah di pandangan mereka
namun yg tahu hanyalah Dia
jgnlah buah mulut diambil kira
kerana suatu masa kita kan kembali
hanya kepadaNya
tatkala aku tersembam
wahai rakanku
bantulah daku
tak dpt ku menjanjikan permata
dan pernah juga kita bersengketa
mungkin kata-kataku melukakan mu
namun pabila tercubitnya peha kiri
pasti akan terasanya peha kanan
maafkanlah kesilapanku
jika ada yg terkunci di dlm hati
luahkanlah sebelum ia memakan diri
sebelum tibanya suatu hari nanti
kekesalan melanda
terjadi yg tidak diinginni
kemuliaan sebuah persahabatan
tak pernah ingin dan tak mampu
diriku mempertikaikannya
wahai mitra ku yg disayangi
persahabatan kita selaluku sanjungi
begitu juga bagi keluarga yg tercinta
tak bisa aku meluahkan melalui kata-kata
Bagi yg pernah menyakiti ku
keredhaan tentangnya tersemat di jiwaku
biarlah ia telah pun terjadi
janganlah sengketa dipertikaikan lagi
namun ingatlah selalu
biarpun semua telah berlalu
mungkin ianya kan dtg kembali lagi
mengejar dan menghantui dirimu kini
jadi elaklah
cukuplah sudah
jgn sakiti yg lain lagi
sayangilah org disekeliling mu
sebelum mereka pergi
dan takkan kembali
Ya Allah ya tuhanku
kurniakan ketenangan kpdku
tiupkanlah angin semangat ke dlm jiwaku
kerana sesungguhnya
tiada apa yg berani ku menegakkan
kecuali perintah-perintah mu, ya tuhanku
dan tak ingin lagi
aku terlalu mengharapkan
kecuali dari diri mu
hanya dirimu
ya tuhanku
No comments:
Post a Comment